RAIH KETENANGAN DENGAN MENUTUP AURAT

Tuntutan menutup aurat bukan perkara baru bagi umat Islam. Ianya satu kewajipan untuk lelaki dan wanita yang telah di tekankan berulangkali dalam Al Quran antaranya di dalam Surah Al-A’raf  ayat ke 26

Yang bermaksud :

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian bagi menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itulah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah mudahan mereka selalu ingat.”

 

Bagi kaum wanita Islam, setelah sampai fasa akil baligh, kita diwajibkan untuk menjaga aurat dengan menutup keseluruhan bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan dari pandangan lelaki bukan mahram.

Bukan untuk memberi bebanan atau menyekat kebebasan seorang wanita Islam tetapi ianya satu cara untuk memelihara martabat dan kehormatan seorang wanita.

Suka saya ingin kongsikan 3 kelebihan wanita menutup aurat.

3 kelebihan ni InshaAllah dapat membuka hati kita untuk memperbaiki cara kita berpakaian.

  • Rasa Selamat

Percayalah. Bila selangkah kita hendak keluar dari rumah dalam keadaan sempurna menutup aurat, akan hadir satu perasaan yang paling manis iaitu rasa selamat dan dilindungi. Rasa selamat dari menjadi tatapan mata-mata liar dan siulan nakal ketika berada dijalanan.

Secara tak langsung, kita dapat mendidik orang lain untuk lebih menghormati diri kita.

  • Mendidik Hati Untuk Bersederhana Dalam Berpakaian

 Wanita dan kecantikan ni ibarat kembar siam. Memang tidak dapat dipisahkan. Bila kita tengok kawan-kawan berpenampilan cantik dan menarik, kita akan mula rasa “insecure” dengan penampilan diri kita. Mulalah berangan nak pakai dress mahal-mahal. Tudung lip lap lip lap.

Tapi perasaan “insecure” ini kita dapat “jinakkan” dengan merujuk kembali cara berpakaian sesuai dengan ajaran Islam. Sepertimana kita dilarang untuk berpakaian tidak menutup aurat, seperti itu juga kita dilarang untuk berlebih lebihan dan bertabaruj dalam berpakaian.

  • Rasa Tenang Kerana Telah Melaksanakan Tuntutan Agama 

Sebab yang paling utama untuk kita menutup aurat adalah untuk meraih rasa ketenangan dan melindungi diri dari kemurkaan Allah SWT dengan melaksanakan suruhan dan tuntutan-Nya.

“Apabila seorang wanita(isteri) itu telah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya (aurat) dan mentaati suami, maka dia bebas masuk ke Syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani.

InshaAllah, Saya ada kongsikan 3 cara berpakaian sempurna menutup aurat sebagai panduan untuk saya dan kawan-kawan memperbaiki untuk kita sama-sama berlajar cara kita berpakaian setiap hari. Ulama’ mengatakan, Kalau tak boleh buat semua, Jangan tinggal semua :’)

Klik sini untuk baca lebih lanjut.

Scroll Up