PAKAIAN BAKAL BIDADARI SYURGA, INSHAALLAH

 

     Antara ciri-ciri wanita yang dikatakan sebagai bakal bidadari Syurga adalah wanita yang menjaga auratnya. Dalam artikel sebelum ni saya ada share sikit tentang makna menutup aurat bagi wanita Islam iaitu menutup keseluruhan bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

“Saya dah pakai tudung, pakai baju lengan panjang, pakai seluar panjang..

Dah tutup aurat lah kan ?”

     Saya percaya, pasti ramai dari kalangan kita kaum Hawa sering bertanya soalan macam ni bila diajak berbincang tentang aurat wanita.

     Nak tahu sama ada pakaian yang kita pakai sekarang benar-benar menutup aurat atau tidak ? Cuba tanya diri kita kembali,

 “Adakah pakaian yang aku pakai sekarang aku boleh pakai juga ketika solat ?”

    Kenapa saya kaitkan pakaian yang kita pakai sekarang dengan pakaian ketika solat ? Sebab, salah satu syarat sah solat adalah berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Jika pakaian yang kita pakai sekarang membolehkan kita bersolat dan memenuhi syarat sah solat, maka pakaian kita benar-benar menutup aurat.

Bukan lah bermaksud kita kena pakai telekung hari-hari seperti ketika solat tapi memadai apabila cara kita berpakaian mempunyai 3 ciri berikut.

  • Tudung Melepasi Paras Dada

 Mungkin ramai yang belum  faham bahawa cara pemakaian tudung yang betul ialah dengan memastikan tudung tersebut labuh melepasi paras dada, tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher serta tidak menampakkan bentuk sanggul rambut.

     Jadi, mulai sekarang sebelum nak decide beli atau pakai apa saja jenis tudung, pastikan ia memenuhi ciri pemakaian tudung yang betul. Ada banyak jenis tudung sekarang ni jadi, kita sendiri hendaklah bijak membuat pilihan tudung patuh syariah.

  • Baju Longgar Dan Tak Ketat

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok, yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

 Pakaian seorang wanita tidak berfungsi menutup auratnya jika pakaian yang dipakai dari jenis kain yang jarang, ketat dan menampakkan bentuk badan, singkat serta menampakkan aurat lengan dan juga kaki.

     Sebaik-baik pakaian yang seharusnya dipakai oleh wanita Islam ialah pakaian yang tidak nipis, tidak jarang, mempunyai potongan labuh dan longgar. Nak bergaya dengan baju-baju zaman moden ni tak salah asalkan ianya menepati ciri-ciri yang saya sebut di atas. Usahakan untuk pilih pakaian yang menutup aurat, bukan yang membalut aurat.

 

 

(3) Memakai Stokin

     Ruginya bila dah bertudung tutup dada, berbaju longgar tapi tidak menutup aurat kaki. Ramai yang pandang remeh bab aurat kaki rata-ratanya memberi alasan bila pakai stokin ni leceh, kalau pakai dengan sandal stokin akan basah bila hujan dan akan jadi berbau.

  Tapi jika benar-benar memahami definisi menutup aurat seperti yang dinyatakan dalam

Al-Quran dan Hadith, pasti kita tak akan beralasan untuk mula menutup aurat dengan sempurna.

     Untuk yang masih belajar memakai stokin, saya cadangkan untuk mula dengan pemakaian Inner Pant Mesra Wudhu, inner seluar yang menutup keseluruhan bahagian kaki dan mempunyai lubang pada tapak kaki yang boleh dibuka memudahkan untuk berwudhu.

     Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin Syurga untuknya, tetapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli Syurga. Moga dengan perkongsian cara pemakaian bakal bidadari Syurga memberi manfaat untuk anda.

P/S : Untuk detail Inner Pant Wudhu boleh klik gambar di atas^^

Scroll Up